Covid-19: Jumlah kes positif baharu di Sarawak kembali meningkat

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Sarawak kembali merekodkan lonjakan kes baharu Covid-19 dengan 759 kes berbanding 552 kes pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 79,552.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kawasan Kuching merekodkan kes positif tertinggi dengan 330 kes, diikuti Subis (160), Serian (70), Samarahan (36), Sibu (23) dan Bau (21).

Daerah Tatau pula mencatatkan 18 kes, Kabong (17), Lundu (14), Beluru (10), Bintulu (8), masing-masing tujuh kes di Betong, Miri dan Simunjan, Asajaya (6), Sebauh (5), Dalat dan Meradong masing-masing empat kes, Sri Aman (3), Saratok dan Selangau (2).

Mukah, Kapit, Sarikei, Tanjung Manis dan Tebedu masing-masing mencatatkan satu kes baharu.

Selain itu, dua kes kematian baharu direkodkan hari ini iaitu di Bintulu dan Miri sekali gus menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 466 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: