Mei Kuan-Meng Yeng catat kemenangan sulung di Tokyo

Mei Kuan dan Meng Yean
Mei Kuan dan Meng Yean
A
A
A

[DIKEMAS KINI] GANDINGAN beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan sulung dalam acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan beregu Great Britain Chloe Birch-Lauen Smith 21-19, 21- pada saingan ketiga Kumpulan A, Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Plaza Sukan Musashino, pagi tadi.

Bagaimanapun, Mei Kuan-Meng Yean dilihat berhempas pulas sebelum menewaskan beregu Great Britaian itu dunia itu pada set pertama sebelum menang 21-19 dalam tempoh 21 minit.

Set kedua menyaksikan beregu ranking ke-11 dunia itu meneruskan penguasaan sebelum melakar kemenangan 21-16 dalam tempoh 21 minit bagi mengesahkan kemenangan.

Untuk rekod, Mei Kuan-Meng Yen tewas pada aksi pertama kepada beregu Indonesia Greysia Polii-Apriayani Rahayu pada aksi pembukaan 24 Julai lalu sebelum tewas kepada gandingan nombor satu dunia ketika ini, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima 21-17, 15-21, 8-21 pada 26 Julai.

Artikel Berkaitan: