X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan disaran tubuh inkuri awam siasat penyelewengan vaksin

Khaled Nordin
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan dicadangkan supaya menubuhkan satu inkuiri awam yang bebas bagi menyiasat kecurangan dalam pengendalian vaksin berikutan dakwaan suntikan picagari kosong baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut wajar dipertimbangkan kerana rakyat berhak tahu kedudukan sebenar dan kewibawaan sistem kesihatan negara mesti segera dipulihkan.

"Proses vaksinasi nasional menunjukkan peningkatan menggalakkan. Namun insiden suntikan picagari kosong dan penyelewengan vaksin telah menjejaskan kredibiliti sistem vaksinasi nasional," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa mereka yang terlibat akan diberikan vaksin semula adalah respons yang sangat simplistik.

Katanya, Dr Adham seterusnya mencadangkan kepada mereka yang ragu-ragu telah divaksin dengan sempurna supaya mengambil ujian antibodi untuk memastikan sama ada sudah mempunyai perlindungan diri.

"Ini semua adalah sangat tidak munasabah. Siapa yang harus menanggung kos ujian seterusnya ini? Saya juga menyeru agar Menteri Kesihatan melupakan cadangan pengeluaran kad khas pengesahan vaksinasi.

"Ini adalah zaman sijil digital yang boleh diuji kesahihannya melalui jaringan data vaksinasi. Jangan bebankan kerajaan dan rakyat dengan pelbagai kad yang tiada kepentingan langsung.

"Cadangan pengeluaran kad khas adalah pembaziran dana awam," katanya.

Tambah Mohamed Khaled, cadangan tersebut bermotifkan perniagaan dan bukan keselamatan atau kesihatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!