X

Kindly register in order to view this article
!

Varian Delta bakal maharajalela

A
A

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa varian Delta yang cepat merebak dan berbahaya dijangka menjadi strain dominan Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Varian Delta yang pertama kali dikesan di India, sekarang ini sudah ‘menjajah’ 124 wilayah dan negara. Minggu lalu, varian tersebut dilaporkan di 13 negara baharu.

Jelas WHO, varian Delta sudah merangkumi lebih tiga perempat spesimen penjujukan di kebanyakan negara dan akan bersaing pantas dengan varian lain.

Ketika ini, terdapat tiga lagi varian koronavirus dalam kategori varian membimbangkan (VOC) iaitu Alpha yang pertama kali dikesan di Britain dan sudah berada di 180 wilayah (tambah enam direkodkan minggu lalu), Beta kali pertama dikesan di Afrika Selatan sekarang menular di 130 wilayah dan Gamma yang pertama dikesan di Brazil kini berada di 78 wilayah (tambah tiga).

Berdasarkan penjujukan SARS-CoV-2 yang diserahkan kepada Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) lebih empat minggu hingga 20 Julai, penyebaran luas varian Delta melangkaui 75 peratus di beberapa negara.

Ia membabitkan negara seperti Australia, Bangladesh, Botswana, Britain, China, Denmark, India, Indonesia, Israel, Portugal, Russia, Singapura dan Afrika Selatan − bukti yang semakin banyak menyokong peningkatan jangkitan varian Delta dibandingkan dengan bukan VOC.

Namun, menurut WHO, mekanisme yang tepat untuk peningkatan jangkitan masih tidak jelas. Organisasi yang berpusat di Geneva ini menyatakan secara keseluruhan, terdapat 3.4 juta kes Covid-19 dilaporkan pada minggu sehingga 18 Julai iaitu meningkat 12 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan senario itu, WHO menjangkakan bahawa jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di seluruh dunia boleh mencecah 200 juta dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Menurut WHO lagi, peningkatan jangkitan global didorong empat faktor iaitu varian yang lebih mudah menular, kelonggaran langkah kesihatan awam, peningkatan percampuran sosial dan sebilangan besar individu yang tidak divaksinasi.

Berdasarkan data WHO, seluruh dunia kini menyaksikan lonjakan kes Covid-19 sejak seminggu lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!