X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?

Pegawai Perubatan lengkap berpakaian PPE keluar dari Zon Kritikal di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya, pada Jumaat.
 Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 tidak mustahil boleh menjangkau 10 ribu melihatkan kepada trend peningkatan kes yang mendadak sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (3 Julai hingga 9 Julai).

Kemungkinan ini juga berdasarkan kebiasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti saringan kesihatan awam dan bersasar di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).

Dua negeri yang mencatat kes harian terbanyak kebelakangan ini iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur) diletakkan di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021. PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti.

Malaysia hari ini (9 Julai) mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes, sejak tiga kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Angka tertinggi kes harian baharu Covid-19 sebelum ini adalah pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini melonjak kepada 80,665 kes sementara kes kumulatif sebanyak 817,838 kes.

Angka kes harian baharu Covid-19 sebelum ini berlegar dalam lingkungan enam ribu pada 3, 4 dan 5 Julai, sebelum merekod 7,654 kes pada 6 Julai dan 7,097 kes pada 7 Julai.

Selangor yang konsisten melaporkan kes harian Covid-19 empat angka merekod sebanyak 4,400 kes berbanding semalam, 4,152 kes. Daripada jumlah 4,400 kes itu, sebanyak 2,766 atau 63 peratus adalah daripada kontak rapat.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini melaporkan 1,271 kes berbanding semalam 1,133 kes, 1,550 kes pada 6 Julai dan 1,005 kes pada 7 julai.

Sepanjang Rangkuman Mingguan ini, angka kes harian baharu dalam negara adalah seperti berikut:-

3 Julai ( 6,658 kes), 4 Julai (6,045 kes), 5 Julai ( 6,387 kes), 6 Julai ( 7,654 kes), 7 Julai ( 7,097 kes), 8 Julai ( 8,868 kes) dan 9 Julai (9,180 kes).

Malaysia juga setakat 9 Julai dibebani sebanyak 865 kluster aktif, sementara jumlah kluster yang direkod di negara ini sebanyak 3,029 dan 2,164 daripadanya, ditamatkan.

Rangkuman Mingguan ini yang berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekod sebanyak 147 kluster baharu dan sebanyak 95 atau 65 peratus daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Dua kluster tempat kerja yang dilaporkan pada 6 Julai melibatkan kes positif Covid-19 yang banyak iaitu Kluster Industri Lorong Senawang Empat (Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan), melibatkan pekerja kilang dan setakat 6 Julai, 324 kes positif dikesan; Kluster Tapak Bina Damanlela (Kepong, Selangor) melibatkan pekerja tapak binaan, setakat 6 Julai sebanyak 630 kes positif dikesan.

Sementara itu, daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 21 adalah kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti, 1 kluster pendidikan, 1 kluster kumpulan berisiko tinggi dan 3 kluster pusat tahanan.

Keadaan cemas juga menyelubungi Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kemasukan kes yang turut meningkat. Setakat hari ini (9 Julai) sebanyak 959 kes dirujuk ke ICU dan 465 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 77 kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 5,980 kes (0.73 peratus).

Angka kematian tertinggi dicatat semalam iaitu 135 kes, dan tertinggi sebelum ini pada 2 Jun 2021 iaitu 126 kes.

Malahan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar pada 7 Julai mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia bimbang "petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gelaja burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes Covid-19 untuk tempoh yang kian berlarutan".

Menurut beliau, jumlah purata kes baharu harian selama tujuh (7) hari (30 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021) adalah sebanyak 6,539 kes.

"Ini didapati masih tinggi berbanding nilai ambang PPN iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk).

"Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa.

"Lebih membimbangkan lagi, tren kemasukan kes-kes Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada pada tahap yang tinggi.

Ianya tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) hingga kini, di mana jumlah penggunaan katil ICU masih melebihi 90 peratus."

Dengan 817,838 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 33 (tangga 35 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Israel (845,123 kes) dan Portugal (899,295 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Enam buah negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang sudah beralih ke fasa dua, Sekatan Pergerakan Perjalanan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sabah diumumkan beralih ke fasa dua mulai esok 10 Julai.

Untuk beralih ke fasa dua, jumlah kes harian baharu Covid-19 perlu mencapai nilai ambang di bawah 4,000. Dua lagi faktor yang diambil kira ialah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa pertama SPP yang bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 dan disambung sehingga 28 Jun 2021 mungkin berlangsung sehingga pertengahan Julai 2021.

PPN yang terbahagi kepada empat fasa diharap dapat mengembalikan kehidupan harian biasa di negara ini.

Berdasarkan perincian KKM untuk 9,180 kes harian baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Jumaat 9 Julai 2021, dua negeri mencatat kes empat angka iaitu Selangor 4,400 kes dan Kuala Lumpur, 1,271 kes.

Rekod kes harian baharu Selangor sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-

3 Julai (3,047 kes), 4 Julai (2,262 kes), 5 Julai (2,610 kes), 6 Julai (3,260 kes), 7 Julai ( 3,119 kes ), 8 Julai (4,152 kes) dan 9 Julai (4,400 kes).

Sementara itu, negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 899 kes, Kedah 417 kes, Sarawak 406 kes, Sabah 323 kes, Johor 315 kes, Perak 241 kes, Melaka 222 kes, Pahang 214 kes, Kelantan 151 kes dan Pulau Pinang 142 kes.

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 82 kes, Labuan 80 kes dan Putrajaya 16 kes.

Kes harian baharu satu angka - Perlis 1 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadinya pada 9 Julai 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 Julai 2021 untuk seluruh negara kekal 1.11.

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi adalah WP Putrajaya 1.19, Perak 1.17, WP Kuala Lumpur 1.16 dan Selangor 1,16.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Coviud-19 di Malaysia (3 Julai-9 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:-

3 Julai (5,677 kes)

4 Julai (5,271 kes)

5 Julai (4,532 kes)

6 Julai (4,797 kes)

7 Julai (4,863 kes )

8 Julai (5,802 kes)

9 Julai (5,713 kes).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

3 Julai - Kes baharu: 6,658 kes (772,607 kes kumulatif); Kes tempatan: 6,647 kes [5,061 warganegara (76.1%); 1,586 bukan warganegara (23.9%)]; Kes import: 11 kes (4 warganegara, 7 bukan warganegara);

4 Julai - Kes baharu: 6,045 kes (778,652 kes kumulatif);Kes tempatan: 6,025 kes [4,647 warganegara (77.1%); 1,378 bukan warganegara (22.9%)]; Kes import: 20 kes (13 warganegara, 7 bukan warganegara);

5 Julai - Kes baharu: 6,387 kes (785,039 kes kumulatif); Kes tempatan: 6,361 kes [4,864 warganegara (76.5%); 1,497 bukan warganegara (23.5%)]; Kes import: 26 kes (13 warganegara, 13 bukan warganegara);

6 Julai - Kes baharu: 7,654 kes (792,693 kes kumulatif); Kes tempatan: 7,643 kes [5,486 warganegara (71.8%); 2,157 bukan warganegara (28.2%)]; Kes import: 11 kes (5 warganegara, 6 bukan warganegara);

7 Julai - Kes baharu: 7,097 kes (799,790 kes kumulatif); Kes tempatan: 7,071 kes [5,521 warganegara (78.1%); 1,550 bukan warganegara (21.9%)]; Kes import: 26 kes (15 warganegara, 11 bukan warganegara);

8 Julai - Kes baharu: 8,868 kes (808,658 kes kumulatif);Kes tempatan: 8,858 kes [6,867 warganegara (77.5%); 1,991 bukan warganegara (22.5%)]; Kes import: 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara).

9 Julai - Kes baharu: 9,180 kes (817,838 kes kumulatif); Kes tempatan: 9,173 kes [7,122 warganegara (77.6%); 2,051 bukan warganegara (22.4%)]; Kes import: 7 kes (2 warganegara, 5 bukan warganegara).

Rekod kes kematian:-

3 Julai - Kes kematian: 107 kes (5,434 kes kumulatif, 0.70%; 98 warganegara, 9 bukan warganegara); BID 14;

4 Julai - Kes kematian: 63 kes (5,497 kes kumulatif, 0.71%; 54 warganegara, 9 bukan warganegara); BID 7;

5 Julai - Kes kematian: 77 kes (5,574 kes kumulatif, 0.71%; 73 warganegara, 4 bukan warganegara); BID 13;

6 Julai -Kes kematian: 103 kes (5,677 kes kumulatif, 0.72%; 94 warganegara, 9 bukan warganegara); BID 12;

7 Julai - Kes kematian: 91 kes (5,768 kes kumulatif, 0.72%; 79 warganegara, 12 bukan warganegara); BID 10;

8 Julai - Kes kematian: 135 kes (5,903 kes kumulatif, 0.73%; 119 warganegara, 16 bukan warganegara); BID 20.

9 Julai - Kes kematian: 77 kes (5,980 kes kumulatif, 0.73%; 73 warganegara, 4 bukan warganegara);

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

3 Julai - 19 kluster baharu (kluster tempat kerja 16, kluster komuniti, 2 dan kluster pusat tahanan 1);

4 Julai - 17 kluster baharu (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

5 Julai - 13 kluster baharu (kluster tempat kerja 11 dan kluster komuniti 2);

6 Julai - 21 kluster baharu (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 9 dan kluster pusat tahanan 1);

7 Julai - 18 kluster baharu (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 9, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

8 Julai - 29 kluster baharu (kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 8, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

9 Julai - 30 kluster baharu ( kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 4, kluster pendidikan 1, kluster pusat tahanan 3 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

Statistik Covid-19 dunia

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 186,460,702 kes (Rangkuman Mingguan lalu 183,512,215 kes) dengan 4,028,902 kematian (minggu lalu 3,973,393 kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 170,574,603 orang (minggu lalu 167,995,947 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Rusia, Turki, United Kingdom, Argentina, Colombia dan Itali.

Pecahan kes Covid-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 34,676,896 kes (622,213 kematian);

India 30,752,950 kes (405,967 kematian);

Brazil 18,962,786 kes (530,344 kematian);

Perancis 5,799,107 kes (111,284 kematian);

Rusia 5,733,218 kes (141,501 kematian);

Turki 5,465,094 kes (50,096 kematian)

United Kingdom 5,022,893 kes (128,336 kematian);

Argentina 4,613,019 kes (97,904 kematian);

Colombia 4,450,086 kes (111,155 kematian);

Itali 4,267,105 kes (127,731 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 101 dengan 91,989 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 98 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Indonesia di tangga 16 - 2,455,912 kes (64,631 kematian);

Filipina di tangga 23 - 1,461,455 kes (25,720 kematian);

Thailand di tangga 62 - 317,506 kes (2,534 kematian);

Myanmar di tangga 83 - 180,055 kes (3,621 kematian);

Singapura di tangga 110 - 62,678 kes (36 kematian);

Kampuchea di tangga 112 - 59,045 kes (855 kematian);

Vietnam di tangga 130 - 24,810 kes (104 kematian);

Laos di tangga 185 - 2,537 kes (3 kematian);

Brunei di tangga 204 - 266 kes (3 kematian). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!