Denggi catat 698 kes di Kelantan

Zaini (dua, kanan) menyampaikan risalah kesihatan kepada penduduk di Wakaf Mek Zainab.
Zaini (dua, kanan) menyampaikan risalah kesihatan kepada penduduk di Wakaf Mek Zainab.
A
A
A

KOTA BHARU - Kes denggi di negeri ini meningkat 303.5 peratus atau 698 kes bermula Januari hingga semalam, berbanding 174 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, ia bukan sahaja menunjukkan peningkatan tiga kali ganda malah menyebabkan dua kematian tahun ini.

Menurutnya, semua daerah didapati berlaku kenaikan yang ketara kecuali Pasir Puteh.

Katanya, Tumpat mencatatkan peratusan tertinggi dengan 747.1 (127 kes) diikuti Gua Musang 700 peratus, Pasir Mas 416 peratus (25) dan Jeli 400 peratus (12).

Selain itu beliau berkata, kes denggi juga berlaku di Kota Bharu dengan peratusan 352 (264 kes), Bachok 182 peratus (40), Tanah Merah 147.4 peratus (28), Kuala Krai 144.4 peratus (13) dan Machang 33.3 peratus (1).

“Jabatan ini turut melaksanakan tindakan pencegahan penyakit denggi di seluruh negeri dengan melakukan 7,139 pemeriksaan dan mendapati 1,266 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Sebanyak 465 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan 182 notis Seksyen 8 dikeluarkan iaitu arahan kerja pembersihan di lokasi berpotensi menjadi pembiakan Aedes,” katanya, selepas Operasi Pemeriksaan Tempat Pembiakan Aedes dan Penguatkuasaan Besar-besaran di Wakaf Mek Zainab.

Artikel Berkaitan: