Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM10

Harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM10. Foto hiasan
Harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM10. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU – Harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM10.

Sultan Muhammad V, selaku Ketua Agama Islam Negeri, telah memperkenankan ketetapan tersebut sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 6(1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, meskipun kadar minimum zakat fitrah ditetapkan RM10, individu yang berkemampuan dan ingin membayar RM22 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah amat digalakkan.

Menurut beliau, kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan tahun 1447H/2026M ialah sebanyak RM37,401 untuk haul antara Ramadan tahun 1447H hingga Ramadan tahun 1448H.

Ujarnya, pembayaran zakat boleh dibuat melalui kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan, atau secara dalam talian menerusi portal rasmi MAIK di zakat.e-maik.my.

Tambah beliau, sehubungan itu, MAIK berharap semua pihak dapat mengambil maklum dan mematuhi ketetapan yang telah diputuskan, sekali gus bersama-sama mengimarahkan Ramadan 1447H dengan amalan soleh serta menunaikan tanggungjawab berzakat sebagaimana yang difardukan.

“Bagi pihak MAIK, saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga zakat fitrah di Kelantan untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM10
  • Sultan Muhammad V memperkenankan ketetapan tersebut
  • Individu berkemampuan digalakkan bayar RM22 berdasarkan harga beras yang dimakan
  • Kadar nisab zakat harta ialah RM37,401 untuk haul dari Ramadan tahun 1447H hingga Ramadan 1448H
  • Pembayaran zakat boleh dibuat di kaunter Baitulmal atau secara dalam talian di zakat.e-maik.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!