'Syukur, kami tidak perlu beli barang dapur Ramadan ini'

Penerima beratur menunggu giliran untuk menerima bakul makanan pada Majlis Agihan Zakat Asnaf di Masjid Imanul Faizin, Kota Bharu pada Isnin. - Gambar kecil: (Dari kiri) Siti Nor, Azmi dan Alya
Penerima beratur menunggu giliran untuk menerima bakul makanan pada Majlis Agihan Zakat Asnaf di Masjid Imanul Faizin, Kota Bharu pada Isnin. - Gambar kecil: (Dari kiri) Siti Nor, Azmi dan Alya
A
A
A

KOTA BHARU – “Alhamdulillah, kami tidak perlu membeli barang dapur untuk Ramadan ini.”

Demikian kata Alya Azman, 22, yang merupakan salah seorang penerima bakul makanan sumbangan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin, di sini pada Isnin.

Alya yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik berkata, barangan dapur yang diterima cukup untuk digunakan sepanjang Ramadan ini.

Beliau yang hadir mewakili ibunya, Norhashimawati Abdul Majib, 50, yang menghidap strok berkata, sumbangan tersebut amat disyukuri dan mencukupi untuk mereka berdua selepas kematian bapanya.

"Terima kasih pihak Andalusia Travel & Tours dan Masjid Imanul Faizin kerana memilih kami sebagai penerima, sekurang-kurangnya duit yang ada dapat digunakan untuk membeli barangan basah serta kelengkapan hari raya," katanya.

Sementara itu, mekanik, Azmi Che Kar, 63, bapa kepada tiga orang anak memberitahu, dia bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan zakat berkenaan.

Menurutnya, pendapatan yang tidak menentu menyebabkan beliau berasa resah untuk menyambut Ramadan kali ini.

“Tahun ini agak mencabar bagi saya sebagai seorang bapa kerana pada awal tahun perlu menyediakan persiapan persekolahan, diikuti Ramadan dan tidak lama lagi Aidilfitri.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan wang yang ada boleh digunakan untuk persiapan hari raya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Siti Nor Deraman, 58, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kerana bakul makanan yang diterima memudahkan keluarganya menyambut Ramadan.

Ujarnya, suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan mereka mempunyai lima anak, justeru sumbangan berkenaan sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk menyediakan juadah berbuka puasa serta sahur.

Ringkasan AI

  • Alya Azman bersyukur menerima sumbangan barang dapur untuk Ramadan, mewakili ibunya yang sakit
  • Sumbangan dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Masjid Imanul Faizin membantu keluarga Alya
  • menampung keperluan Ramadan
  • Azmi Che Kar yang mempunyai pendapatan tidak menentu, bersyukur menerima sumbangan dalam menghadapi Ramadan
  • Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban keluarga Azmi dalam menyediakan keperluan Ramadan dan Aidilfitri
  • Siti Nor Deraman mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang memudahkan keluarganya dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!