X

Kindly register in order to view this article
!

Pulihkan ekosistem HSK Batu Talam

Ali Akbar
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bukan sekadar menyelesaikan isu pencerobohan dan penerokaan tanah haram, sebaliknya perlu berusaha memulihkan semula ekosistem di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Pengerusi Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, pemulihan alam semula jadi perlu dilakukan selepas kerajaan Pahang mengambil alih tanah tersebut.

"Kita tengok bila kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melakukan penebangan pokok pasti akan berdepan dengan isu alam sekitar seperti banjir lumpur dan sebagainya. Justeru kerajaan Pahang perlu bersedia dengan situasi itu (isu alam sekitar).

"Kita juga mahu lihat bagaimana kerajaan negeri mengambil alih tanah dan menyelamat di tanah ini (TSK Batu Talam) serta memulihkan semula ekosistemnya.

"Sama ada kerajaan negeri mahu membangunkan tanah secara berkelompok untuk generasi baharu atau sebaliknya, itu semua terserah kepada kerajaan bagaimanapun hendak menguruskan tanah tersebut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, usaha kerajaan Pahang menjalankan operasi pemusnahan kebun haram durian Musang King itu disambut baik pelbagai pihak.

Jelasnya, isu tersebut tertangguh sejak sekian lama dan kini ia diselesaikan mengikut perundangan.

"Kita amat mengalu-alukan tindakan yang dibuat kerana sebelum ini banyak rungutan orang ramai bersabit isu pencerobohan dan kini kerajaan Pahang sudah bersedia menyelesaikan isu ini," ujarnya.

Pada Ahad, JPNP menahan 18 pekebun haram durian musang king dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Jabatan itu dalam kenyataannya memaklumkan, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka turut berdepan tindakan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian musang king direman dan pada Selasa mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu pekebun durian: Kes pemimpin halang tugas polis dalam tindakan

Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

18 pekebun durian musang king direman dua hari


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!