Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa individu melakukan provokasi terhadap anggota operasi tersebut.
Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa individu melakukan provokasi terhadap anggota operasi tersebut.
A
A
A

RAUB - Seramai 18 individu dipercayai pekebun haram durian musang king ditahan selepas melakukan provokasi ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini pada Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, penahanan dilakukan berikutan mereka memasuki kawasan hutan simpan kekal tanpa kebenaran dan telah membuat provokasi yang melampau kepada anggota jabatan terbabit.

Menurut kenyataan itu, operasi memusnahkan kebun haram durian di Raub dengan agensi kerajaan negeri mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tertumpu di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang berkeluasan kira-kira 101 hektar.

"Sepanjang operasi ini dijalankan, pihak jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun-pekebun haram.

"Antara tindakan yang mereka lakukan ialah dengan membuat halangan kepada kenderaan jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini serta menghalang anggota daripada menjalankan tugas," menurut kenyataan itu.

Individu disyaki pekebun haram berada di lokasi kejadian
Individu disyaki pekebun haram berada di lokasi kejadian

Jelas kenyataan itu, beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan.

"Kesemua 18 individu ini telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

Artikel Berkaitan:

"Pegawai penyiasat jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Mereka yang ditahan oleh pihak jabatan dan dibawa ke IPD Raub.
Mereka yang ditahan oleh pihak jabatan dan dibawa ke IPD Raub.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu operasi yang diadakan tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang telah ditanam secara haram oleh pekebun-pekebun terbabit.

"Selain itu, anggota operasi akan membuat tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki hutan simpan kekal tanpa kebenaran dan akan menyita apa-apa jua barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan hutan simpan kekal," ujar kenyataan tersebut.