20 keluarga terima sumbangan barangan asas

Raja Farizal Azam (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Surau Hamideen, Lokman Md Yusof pada Jumaat. Turut kelihatan, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (tiga dari kiri).
Raja Farizal Azam (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Surau Hamideen, Lokman Md Yusof pada Jumaat. Turut kelihatan, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (tiga dari kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - No 2 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan kerjasama Kelab Generasi Sahabat Dinamik Malaysia (Genesis) dan Sinar Harian mengambil inisiatif bagi membantu 20 keluarga memerlukan di Pangsapuri Seksyen 19D, di sini.

Menerusi Program Jiwa Murni itu, keluarga terlibat menerima sumbangan barangan keperluan asas meliputi beras, minyak, telur dan pelbagai lagi.

Pegawai Memerintah No 2 Skuadron TUDM Subang, Lt Kol Raja Farizal Azam Raja Idris berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial korporat (CSR) mereka dalam membantu golongan memerlukan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Penyerahan sumbangan ini dapat membantu keluarga terlibat membuat persediaan barangan keperluan sewaktu pelaksanaan PKPD ini," katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan itu dalam majlis ringkas di Surau Hamideen, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan Pemangku Pengerusi Genesis, Hanafiah Hashim.

Dalam pada itu, Raja Farizal Azam berkata, pihaknya berharap agar sumbangan itu dapat memberi manfaat dan membantu semua keluarga terlibat khususnya ketika diuji dengan penularan wabak Covid-19 ini.

"Insyaa ALLAH, kita akan usahakan lagi bantuan lain selepas ini supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu," katanya.

Artikel Berkaitan: