X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kes Covid-19 kembali menurun, 5,911 kes hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 menurun dengan 5,911 kes berbanding 6,440 yang dilaporkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi menyumbang kepada angka tersebut dengan 2,111 kes.

"Ia diikuti oleh Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Pulau Pinang (167) dan Melaka (134).

"Selain itu, Pahang merekodkan (56), Terengganu (62), Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga) dan Perlis (kosong) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 691,115 kes manakala kes aktif di seluruh negara adalah 64,523," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, seramai 886 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, sebanyak 72 kes kematian dilaporkan pada Sabtu membabitkan 64 rakyat tempatan dan lapan warga asing.

"Jumlah 72 kes kematian pada hari ini melibatkan 23 kes di Selangor, Kuala Lumpur (15), Negeri Sembilan (tujuh), Pahang (enam) manakala masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga kes di Labuan serta masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang.

“Di Sabah, Perak, Melaka dan Kedah pula masing-masing merekodkan satu kes kematian,” katanya.

Dalam pada itu. Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kes kematian terkini adalah 4,348 kes manakala kes sembuh dilaporkan sebanyak 6,918 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 622,244 kes.

Katanya, terdapat 24 lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti melibatkan 12 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan empat kluster pusat tahanan serta satu kluster kumpulan berisiko.

"Sebanyak 2,604 kluster dikesan sejak pandemik bermula awal tahun lalu dan daripada jumlah itu, 1,780 telah diisytiharkan tamat manakala 824 masih lagi aktif," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!