X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 kembali melonjak, rekod 6,440 hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 terus meningkat dengan 6,440 kes dilaporkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi menyumbang kepada angka tersebut iaitu, 2,095 kes.

Ia diikuti oleh Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152) dan Pulau Pinang (122).

Negeri yang melaporkan kes di bawah 100 adalah Pahang (79), Terengganu (32), Wilayah Persekutuan Putrajaya (enam) dan Perlis (dua).

"Jumlah keseluruhan kes positif adalah 685,204 kes," katanya dalam kenyataan pada Jumaat

Menurutnya, kes aktif di seluruh negara adalah 65,602.

"Seramai 894 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 451 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 74 kes kematian dilaporkan membabitkan 68 rakyat tempatan dan enam warga asing.

"Jumlah 74 kes kematian pada hari ini melibatkan 28 kes di Selangor, Negeri Sembilan (Sembilan), Sarawak (tujuh), Johor (tujuh), Sabah (enam), Labuan (lima), Kuala Lumpur (empat), Melaka (tiga) dan Pahang (dua).

"Masing-masing satu kes kematian dilaporkan di Perak, Terengganu dan Kedah," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian itu melibatkan pesakit Covid-19 berusia 33 hingga 91 tahun.

"Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 4,276 kes," katanya.

Menurutnya, pesakit Covid-19 yang sembuh adalah 6,861 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya 615,326 kes.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 23 lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti.

"Ia terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan," katanya.

Ujarnya, sebanyak 2,580 keseluruhan kluster dikesan sejak pandemik bermula.

"Daripada jumlah itu, 1,770 telah diisytiharkan tamat manakala 810 masih aktif," katanya.

Status Terkini #COVID19, 18 Jun 2021

Kes sembuh= 6,861

Jumlah kes sembuh= 615,326

Kes baharu positif= 6,440 (5 import)

Jumlah positif= 685,204

Kes kematian= 74

Jumlah kes kematian= 4,276

Kes dirawat di ICU= 894

Bantuan alat pernafasan= 451 pic.twitter.com/lP3E3GwiVs

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 18, 2021


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!