X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Angka kematian di Sarawak cecah 352 orang

A
A

KUCHING - Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sarawak kini mencecah 351 orang susulan lima kematian baharu yang dilaporkan pada Ahad, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menurut kenyataan JPBN, negeri itu turut mencatatkan 544 jangkitan baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 55,443.

"Selain itu, JPBN mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti melibatkan rumah panjang (Rh) Belayong anak Buang (Bintulu), Rh Fabian Jembu anak Tangi (Bintulu), Rh Chali anak (Bintulu), Kampung Dagang (Tatau), Rh Enpawi anak Seriban (Tatau), Rh Itam anak Ujok (Tatau) yang bermula Sabtu hingga 25 Jun depan.

“PKPD di Rh Umang (Pakan) pula bermula hari ini hingga 29 Jun dan PKPD di Kampung Tabuan Haji Drahman (Kuching) bermula esok hingga 28 Jun,” kata kenyataan itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!