X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

PSG berang spekulasi perpindahan Pochettino

Pochettino
A
A

PARIS Saint Germain (PSG) berang dengan spekulasi yang mengaitkan pengendali pasukan itu, Mauricio Pochettino akan meninggalkan pasukan dan kembali ke Tottenham Hotspur musim depan.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata, Pochettino masih setia di kelab tersebut dan tidak pernah menyatakan keingginan untuk meninggalkan Parc des Princes.

"Pada penghujung musim, saya dua kali bertemu dengannua dalam tempoh dua atau tiga jam. Dia tidak pernah kata ingin meninggalkan pasukan dan tidak berniat untuk pergi daripada kelab ini.

"Sebaliknya, dia terlibat dengan semua perkara di kelab ini membabitkan struktur, organisasi dan apa yang diperlukannya musim depan. Dia setiap hari berbincang dengan kami mengenai perpindahan pemain," katanya.

PSG melantik Pochettino pada 2 Januari lalu untuk menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat, namun pengendali kelahiran Argentina itu dikatakan tidak gembira di Paris dan mahu kembali ke Spurs.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan Spurs sedang mencari pengurus baharu selepas memecat Jose Mourinho pada April lalu.

Nasser tutur menegaskan Pochettino masih mempunyai kontrak dua tahun bersama pasukan gergasi Perancis itu dan tidak masuk akal sekiranya Pochettino mahu meninggalkan pasukan.

"Situasi dan spekulasi ini benar-benar membuat saya berang. Ini tidak benar sama sekali. Dia sudah di sini sejak Januari dan kontraknya masih ada dua tahun lagi.

"Seperti yang mereka lakukan kepada Kylian Mbappe, banyak pihk cuba menggangu kami. Tapi kami tetap bersama dan tiada yang dapat memecahkan pasukan ini dengan perkara-perkara sebegitu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!