Kerajaan tubuh RCI siasat salah laku hakim

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani buku pelawat ketika membuat lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani buku pelawat ketika membuat lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat afidavit dikemukakan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Baker berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa kehakiman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terma-terma penubuhan RCI itu akan ditentukan kemudian.

"Kita akan tubuhkan RCI dan terpulang kepada mereka bagi menyiasat tuduhan dibuat hakim berkenaan," katanya kepada media selepas lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan salah laku hakim hanya melalui RCI

Sebelum ini, Hamid Sultan, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan, antara lain, butiran yang mengejutkan mengenai beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia.

Pendedahan melalui afidavit sokongan itu berikutan kes saman pemula yang difailkan Sangeet yang juga anak mendiang Karpal Singh terhadap Ketua Hakim Negara.

Susulan itu, Badan Kehakiman, tampil membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, badan itu menegaskan mereka tidak berhasrat menjawab kandungan tuduhan itu kerana prosiding saman itu masih berlangsung di mahkamah.

Menurut kenyataan itu, tuduhan dalam afidavit sokongan itu kerana ia terlalu umum dan boleh menjejaskan reputasi Badan Kehakiman secara keseluruhan.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti maklumat afidavit dikemukakan Hamid Sultan.

SPRM melalui kenyataan media berkata, suruhanjaya itu kemudiannya akan meneruskan siasatan sekiranya ia mempunyai asas berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta SPRM 2009.