X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Vaksin Pfizer, AstraZeneca bebas ramuan haram

Petugas kesihatan memasukkan cecair Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca menggunakan picagari khas ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen IDEAL Shah Alam (IDCC) Seksyen 15 Shah Alam. - Gambar hiasan Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan mengulangi jaminan bahawa status kesemua vaksin yang diberikan kepada rakyat di negara ini adalah halal.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seperti Sinovac semakan terhadap vaksin Pfizer dan AstraZeneca mendapati kedua-duanya bebas daripada sebarang kandungan yang haram.

“Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mendedahkan vaksin Sinovac telah mendapat sijil daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa ia adalah halal. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud vaksin-vaksin lain mengandungi ramuan yang haram.

“Malah, kita telah buat semakan bahawa ramuan vaksin Pfizer dan AstraZeneca tidak mengandungi apa-apa ramuan yang berasal daripada babi dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas persoalan apabila timbul persepsi sama ada vaksin Pfizer dan AstraZeneca berstatus tidak halal.

Ia susulan pendedahan Ismail bahawa vaksin Sinovac yang dikeluarkan oleh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) merupakan satu-satunya vaksin yang telah disahkan halal di dunia.

Menurut Ismail, rakyat boleh berbangga apabila Pharmaniaga dinobatkan sebagai satu-satu syarikat farmaseutikal yang menghasilkan vaksin yang diiktiraf halal di dunia.

Pharmaniaga merupakan syarikat farmaseutikal di negara ini yang mempunyai lesen mengimport vaksin Covid-19 Sinovac dari China dan melakukan pengilangan semula.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!