Kompleks MAB jadi PPV OKU penglihatan

Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi golongan OKU penglihatan bagi kawasan Lembah Klang.
Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi golongan OKU penglihatan bagi kawasan Lembah Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagi kawasan Brickfields dan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, George Thomas berkata, pihak MAB dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menjadikan Kompleks MAB sebagai PPV bagi golongan OKU penglihatan di dua kawasan itu.

Menurutnya, MAB telah membuka sesi pendaftaran untuk OKU penglihatan yang bersedia menerima vaksin.

"Pemberian vaksin ini dijangka dilaksanakan pada Jun ini di Kompleks MAB.

"Setiap OKU penglihatan dibenarkan untuk membawa seorang saudara atau penjaga (jika perlu) dan penjaga ini juga layak untuk didaftarkan bersama bagi mendapatkan vaksin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihak berkenaan boleh menghubungi MAB di talian 03-22722677 bermula 9 pagi hingga 3.30 petang (Isnin hingga Khamis), dan 9 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat).

Katanya, pendaftaran akan ditutup pada jam 3.30 petang pada 31 Mei 2021.

"Untuk memudahkan pendaftaran, pihak MAB akan menyediakan google form dan nombor WhatsApp untuk dihubungi," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Percepatkan vaksinasi untuk OKU