X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Percepatkan vaksinasi untuk OKU

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan program vaksinasi untuk OKU. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan program vaksinasi untuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta memperuntukkan satu peratus daripada vaksin AstraZeneca bagi fasa kedua untuk golongan OKU.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan cadangan berkenaan setelah mengambil kira jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, dengan Malaysia hari ini sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi dalam sejarah iaitu 6,806 kes.

Bagi cadangan mempercepatkan program vaksinasi untuk OKU, pertubuhan itu memaklumkan ia harus dilakukan terhadap golongan berkenaan yang memenuhi syarat kelayakan serta berusia 18 tahun ke atas kerana secara umum, kemungkinan OKU terdedah kepada Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding golongan biasa.

Berhubung cadangan peruntukan vaksin AstraZeneca pula, pertubuhan itu memaklumkan ramai golongan OKU termasuk mereka yang telah berdaftar sejak Februari, masih belum mendapat tempahan untuk vaksinasi.

"Untuk program vaksin AstraZeneca kali ini, mekanisme yang sama dengan warga emas boleh digunakan. Pihak kementerian boleh menggunakan nombor pendaftaran OKU untuk mengenal pasti status warga OKU.

Pertubuhan juga mencadangkan satu saluran atau proses pendaftaran khas disediakan untuk warga OKU," menurut kenyataan itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam sidang media secara maya pada 17 Mei mengumumkan fasa kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara suka rela khusus untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas akan dibuka selama tiga hari bermula 23 Mei ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!