X

Kindly register in order to view this article
!

Kaunter khas potong gelang kuarantin kurangkan kesesakan di CAC

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk masuk ke CAC Stadium Malawati
A
A

SHAH ALAM - Kaunter khas bagi urusan pemotongan gelang kuarantin di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati di sini melancarkan dan mengurangkan kesesakan di CAC tersebut.

Tinjauan Sinar Harian pada Rabu mendapati, sekitar jam 8 pagi kawasan berkenaan telah dipenuhi orang ramai daripada pelbagai peringkat umur yang beratur panjang menunggu taklimat daripada petugas CAC itu sebelum mereka dibenarkan masuk.

Sekitar jam 9 pagi, barisan orang ramai tersebut telah mula bergerak masuk dengan lancar yang mana warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu mengandung diberi keutamaan dan 45 minit kemudian keadaan sudah mula reda.

Pada masa yang sama, kegigihan petugas-petugas barisan hadapan memberi arahan dan bantuan kepada orang ramai tampak berkesan dalam melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan di CAC tersebut.

Warga emas, OKU dan ibu mengandung diberi keutamaan
Warga emas, OKU dan ibu mengandung diberi keutamaan

Sebelum ini, kerajaan Selangor mengumumkan untuk menambah 150 orang sukarelawan dan menubuhkan pusat panggilan untuk penilaian dari rumah, selain pembukaan kaunter khas bagi tujuan pemotongan gelang setelah mendapati 48 peratus yang hadir ke CAC adalah untuk tujuan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata inisiatif ini diambil untuk membantu pengurusan trafik, dan mengurangkan kesesakan terutamanya di CAC Stadium Malawati.

Menurut beliau,pertambahan sukarelawan membantu pengurusan trafik, pengurusan pesakit Covid-19 dan penilaian pesakit terutamanya di CAC daerah Petaling di Stadium Malawati kerana 48 peratus yang hadir ke CAC tersebut bertujuan untuk pemotongan gelang kuarantin.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!