X

Kindly register in order to view this article
!

Bazar, pusat beli-belah dikunjungi individu positif dikenal pasti

Annuar Musa - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat Covid-19 yang berkemungkinan akan diarah tutup.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, senarai berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat.

"Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) telah majukan kepada saya senarai tersebut.

"Saya tak menafikan, ada beberapa pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang telah dikunjungi 700 orang yang mempunyai kontak rapat positif. Jadi itu berbahaya, tempat begitu perlu disanitasi dan perlu diperketatkan SOP (prosedur operasi standard)," katanya ketika sidang akhbar khas berkaitan SOP Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Khamis.

Beliau berkata bagaimanapun, semua keputusan yang dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dirujuk terlebih dahulu dengan Kementerian Kesihatan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!