X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Hanya lima daerah ditakrif zon hijau di Semenanjung

Maklumat situasi semasa pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat Isnin yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebooknya.
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya lima daerah diklasifikasikan sebagai zon hijau Covid-19 di Semenanjung negara ini.

Berdasarkan maklumat situasi semasa pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat Isnin yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebooknya menunjukkan daerah bebas kes Covid itu termasuk Sik dan Yan di Kedah: Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu dan Jelebu di Negeri Sembilan.

KKM turut melaporkan enam daerah di Sabah turut ditakrif sebagai zon hijau iaitu Sipitang, Tambunan, Pitas, Kota Marudu, Tenom dan Tongod.

“Hanya lima daerah zon hijau di Semenanjung, enam di Sabah manakala tiada daerah zon hijau di Sarawak.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard). Jaga diri dan keluarga anda,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, kes baharu Covid-19 dilaporkan menurun ke paras 2,000 apabila 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).

Ia diikuti Johor dengan 205 kes; Kuala Lumpur (200); Pulau Pinang (194); Kedah (103); Negeri Sembilan (97); Melaka (95); Perak (59); Sabah (57); Pahang (55); Terengganu (38) dan Putrajaya (tiga), sementara Labuan serta Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!