Myanmar isytihar 17 pekan terjejas siklon sebagai zon bencana

Siklon Mocha menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, dan kerosakan kepada alam sekitar di Rakhine. - Foto AFP
Siklon Mocha menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, dan kerosakan kepada alam sekitar di Rakhine. - Foto AFP
A
A
A

YANGON - Myanmar mengisytiharkan 17 pekan di negeri Rakhine sebagai kawasan terjejas bencana alam, menurut pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) pada Isnin, lapor Xinhua.

Pekan terjejas ialah Kyaukphyu, Manaung, Ramree, Ann, Sittwe, Pauktaw, Ponnagyun, Rathedaung, Gwa, Taungup, Thandwe, Maungtaw, Buthidaung, Kyauktaw, Minbya, Mrauk-U dan Myebon.

Menurut pemberitahuan, kesemua pekan itu diisytiharkan sebagai kawasan terjejas bencana alam selaras Seksyen 11 Undang-undang Pengurusan Bencana Alam.

Pengisytiharan itu dibuat selepas siklon Mocha menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, dan kerosakan kepada alam sekitar di Rakhine, dan dipercayai terdapat kesukaran untuk memulihkan kawasan terjejas kembali kepada normal. - Bernama