Abim rayu campur tangan Agong kembalikan maruah PDRM

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan perjawatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi mengangkat kembali maruah badan berkuasa itu.

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Abim menekankan bahawa insiden yang berlaku mencemarkan nama baik PDRM sebagai institusi utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang.

Katanya, isu itu boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PDRM termasuk keyakinan pelabur luar terhadap prinsip kedaulatan undang-undang negara serta kesan-kesan besar lain yang bersifat jangka panjang.

"Abim sentiasa berpendirian bahawa mana-mana institusi penguatkuasaan undang-undang negara seharusnya bersifat neutral dan bebas daripada campur tangan politik agar institusi tersebut dapat menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) sepertimana yang digariskan dalam perlembagaan persekutuan.

"Abim berkeyakinan hasrat ini dikongsi seluruh rakyat jelata yang meletakkan harapan kepada Seri Paduka Baginda sebagai ketua negara untuk mempertahankan maruah dan integriti PDRM," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan terbuka Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa wujudnya campur tangan keterlaluan Menteri Dalam Negeri dalam urusan perjawatan PDRM.

Artikel Berkaitan: