Nasib suram syarikat Bin Laden lepas Osama mati

Osama bin Laden - Foto AFP
Osama bin Laden - Foto AFP
A
A
A

KETUA rangkaian Al-Qeada, Osama bin Laden meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang anggota Pasukan Tentera Laut, Darat dan Udara Amerika Syarikat (AS) atau lebih dikenali sebagai SEAL di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan pada 2 Mei 2011.

Bagaimanapun, selepas kematian Osama itu, nilai kekayaan keluarga sebelah bapanya dalam sektor perniagaan mula mengalami kejatuhan semasa Putera Mohammed bin Salman menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada tahun 2017.

Kira-kira hampir sedekad setelah ketua rangkaian Al-Qaeda itu meninggal dunia, empayar perniagaan pembinaan yang diasaskan oleh bapanya, Mohammed bin Awad bin Laden pada tahun 1931 itu akhirnya terpaksa menanggung beban hutang yang teruk.

Mohammed yang berasal dari negara jiran Arab Saudi, Yemen telah berhijrah ke Arab Saudi sekitar tahun 1930 dan menjadi buruh di pelabuhan Jeddah yang amat miskin tetapi berjaya mewujudkan empayar perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar dalam bidang pembinaan sebelum meninggal dunia pada tahun 1967.

Beliau mempunyai lebih 50 orang anak daripada beberapa orang isterinya dan mempunyai hubungan baik dengan Raja Arab Saudi yang kedua, Raja Saud bin Abdulaziz sehingga sanggup membina istananya pada harga yang lebih murah daripada harga bidaan.

Raja Saud dilaporkan berasa takjub dengan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh Mohammed.

Namun, Mohammed turut menjalin hubungan yang baik dengan kerabat diraja Arab Saudi lain terutamnya, Raja Arab Saudi ketiga, Raja Faisal bin Abdulaziz.

Mohammed dilaporkan pernah membayar gaji kakitangan awam di zaman pemerintahan Raja Faisal selama enam bulan menyebabkan Raja Arab Saudi itu mengeluarkan dekri bahawa semua projek pembinaan perlu diberikan kepada bapa Osama itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga pernah menjadi Menteri Kerja Raya.

Syarikatnya itu pernah mendapat kontrak kerajaan bagi membina universiti, lebuh raya, masjid, istana, lapangan terbang, bandar baharu, pembesaran dua buah masjid di Mekah dan Madinah selain mendapat projek-projek penting di Arab Saudi.

Namun, seorang anak Mohammed, Bakr bin Laden iaitu bekas pengerusi syarikat Bin Laden yang berusia dalam lingkungan 70 tahun yang juga abang kepada Osama masih ditahan oleh kerajaan sejak Putera Salman mengarahkan satu serbuan antirasuah dilakukan di Hotel Ritz-Carlton, Riyadh pada November 2017.

Dalam serbuan itu, kerabat-kerabat diraja negara tersebut, taikun-taikun dan menteri kerajaan didakwa dikurung di hotel berkenaan, kata dua sumber terdekat dengan keluarga bin Laden kepada AFP.

Dua lagi abang Osama iaitu Saad dan Saleh turut ditahan tetapi kemudian dibebaskan namun perlu memakai gelang keselamatan pada pergelangan kaki sebagai cara untuk mengesan pergerakan mereka, kata sumber tersebut.

Satu dokumen rasmi yang dilihat oleh AFP juga menunjukkkan kerajaan Arab Saudi menguasai saham tiga beradik itu yang berjumlah 36.2 peratus dalam syarikat Bin Laden manakala pihak berkuasa turut merampas kereta-kereta mewah, vila-vila, jet-jet peribadi selain melarang anggota-anggota keluarga mereka melancong ke luar negara, kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, pihak kerajaan tidak mendedahkan dakwaan spesifik yang dikenakan ke atas ketiga-tiga saudara Osama itu tetapi sumber-sumber tersebut menyatakan keluarga taikun yang kaya-raya tersebut menafikan mereka melakukan salah laku.

Ketika harga minyak mentah melonjak, perniagaan syarikat tersebut berkembang maju menyebabkan Bakr menjadi seperti mesin juruwang automatik atau ATM apabila memberikan wang kepada kerabat-kerabat diraja Arab Saudi yang meminta wangnya, kata sumber tersebut.

Namun, Bakar masih mempunyai harta-harta yang disimpan di luar negara.

Pada 11 September 2015 iaitu tahun bapa Putera Mohamed, Raja Salman bin Abdulaziz menaiki takhta sebagai Raja Arab Saudi, kren milik syarikat Bin Laden tumbang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh sekali gus mengakibatkan syarikat tersebut tidak dibenarkan terlibat dalam projek pembinaan baharu selama beberapa bulan.

Gambar fail menunjukkan sebuah kren tren tumbang dalam kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh syarikat Bin Laden di Mekah pada September 2015. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah kren tren tumbang dalam kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh syarikat Bin Laden di Mekah pada September 2015. - Foto AFP

Syarikat itu juga menerima kesan akibat kejatuhan harga minyak bermula pada tahun 2014 yang menyebabkan pendapatan kerajaan berkurangan dan menyebabkan pembayaran untuk menyiapkan projek-projek di negara tersebut ditangguhkan, kata sumber keluarga Bin Laden.

Menurut satu sumber yang rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi, ketiga-tiga anggota keluarga Bin Laden itu turut didakwa mengamalkan rasuah menyebabkan mereka ditahan di hotel mewah tersebut selama beberapa bulan sebelum dibebaskan selepas membuat penyelesaian dengan kerajaan Arab Saudi.

Namun, menurut AFP, walaupun telah menyerahkan aset-aset dan saham-sahamnya, Bkar masih

lagi ditahan di sebuah lokasi yang tidak diketahui, kata sumber keluarga Bin Laden.

"Lima tahun kebelakangan ini (merupakan tempoh) sukar bagi setiap anggota keluarga. Apa yang kami mahu ialah memulakan babak (kehidupan) baharu, bapa saudara saya, Bakr dibebaskan dan kembali semula kepada apa yang telah kami lakukan (terlibat dalam sektor pembinaan) yang mana kami lakukan dengan lebih baik berbanding sesiapa (iaitu) membina negara beraja ini," kata generasi ketiga bin Laden kepada AFP. - Agensi