32 universiti palsu dikenal pasti di India, Delhi catat jumlah tertinggi

Penuntut dinasihatkan supaya menyemak status pengiktirafan sesebuah institusi sebelum memohon kemasukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan akademik.
Penuntut dinasihatkan supaya menyemak status pengiktirafan sesebuah institusi sebelum memohon kemasukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan akademik.
A
A
A

NEW DELHI – Suruhanjaya Geran Universiti India (UGC) mengisytiharkan sebanyak 32 institusi di seluruh negara itu beroperasi sebagai universiti palsu, dengan Delhi merekodkan jumlah tertinggi iaitu 12 entiti.

UGC, badan berkanun di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan India, memaklumkan bahawa institusi berkenaan tidak mendapat pengiktirafan sama ada daripada Pusat mahupun kerajaan negeri.

Menurut UGC, ijazah yang dikeluarkan oleh institusi tersebut adalah tidak sah untuk tujuan pekerjaan atau melanjutkan pengajian, selaras dengan Seksyen 2(f) dan 3 Akta UGC.

Pelajar turut dinasihatkan supaya menyemak status pengiktirafan sesebuah institusi sebelum memohon kemasukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan akademik.

UGC menegaskan institusi yang disenaraikan itu tidak mempunyai kuasa sah untuk menganugerahkan ijazah dan sebarang sijil yang dikeluarkan tidak mempunyai nilai perundangan.

Langkah tersebut diambil bagi melindungi kepentingan pelajar serta memastikan integriti sistem pendidikan tinggi negara itu terus terpelihara.

Berdasarkan senarai terkini setakat Februari 2026, agihan universiti palsu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Delhi – 12

Uttar Pradesh – 4

Artikel Berkaitan:

Andhra Pradesh – 2

Karnataka – 2

Kerala – 2

Maharashtra – 2

Puducherry – 2

West Bengal – 2

Arunachal Pradesh – 1

Haryana – 1

Jharkhand – 1

Rajasthan – 1

-Agensi

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Geran Universiti India mengumumkan 32 institusi sebagai universiti palsu
  • Delhi mencatatkan jumlah tertinggi dengan 12 entiti
  • Institusi berkenaan tidak mendapat pengiktirafan daripada Pusat mahupun kerajaan negeri
  • Ijazah yang dikeluarkan oleh universiti palsu tidak sah untuk pekerjaan atau pengajian lanjutan
  • Pelajar dinasihatkan menyemak status pengiktirafan institusi sebelum mendaftar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!