Third Force bantu urus jenazah dan kos pembedahan asnaf di hospital

Raja Shamri (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada Pengurus Rumah Ronald Mc'Donald HUSM, Wahida Harun di Kubang Kerian pada Rabu.
Raja Shamri (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada Pengurus Rumah Ronald Mc'Donald HUSM, Wahida Harun di Kubang Kerian pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Badan bukan kerajaan (NGO) Third Force akan memperluaskan misi kebajikan dengan pemberian bantuan pengurusan jenazah untuk golongan asnaf yang meninggal dunia di hospital.

Pengasas Third Force, Raja Shamri Raja Husin berkata, bagaimanapun, buat kali pertama pihaknya akan bekerjasama dengan Pusat Islam Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi membantu menguruskan jenazah asnaf yang meninggal dunia di hospital.

"Kita akan bekerjasama dengan Kelab Kebajikan Qariah Masjid HUSM untuk menyalurkan maklumat selain membantu pesakit asnaf yang memerlukan kos perubatan.

"Melalui kerjasama ini dapat membantu mengurangkan beban pihak HUSM untuk merawat pesakit asnaf berkenaan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau hadir Program Ihya Ramadan di Rumah Ronald Mc'Donald HUSM dan mengagihkan 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada pasukan barisan hadapan, pelajar dan tetamu di rumah berkenaan.

Mengulas lanjut, Raja Shamri berkata, misi bantuan asnaf itu amat penting kerana beliau tidak mahu golongan berkenaan dipinggirkan.

Beliau turut berkongsi pengalaman bertemu seorang pesakit yang mengalami patah kaki dan rawatan terpaksa ditangguh kerana kekurangan wang mengakibatkan kakinya sudah tidak dapat diselamatkan.

"Ini satu perkara yang amat menyedihkan kerana kalau kita mendapat maklumat awal tentang pesakit asnaf ini, mungkin kita mampu mengubah keputusan doktor dan cuba sedaya upaya selamatkan kaki asnaf berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang ingin bekerjasama dengan Yayasan Raja Shamri boleh berbuat demikian supaya lebih ramai golongan asnaf dapat dibantu dengan pelbagai misi kebajikan yang disediakan NGO berkenaan.