Khidmat pengurusan jenazah percuma

A
A
A
Pengerusi Persatuan Van Jenazah Gua Musang (VJGM) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) menunjukkan pengusung jenazah yang dimuatkan ke dalam setiap kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Naza Ria dan Kia untuk membawa jenazah sewaktu proses penghantaran dilakukan.

Sebanyak tiga jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Naza Ria dan Kia digunakan mengikut keperluan sebaik sahaja laporan kematian diterima sukarelawan persatuan VJGM dengan melaksanakan fardu kifayah menguruskan jenazah untuk golongan yang memerlukan wajar dicontohi oleh masyarakat hari ini.

Malah apa yang lebih menarik, khidmat pengurusan jenazah yang kebiasaannya mencecah sehingga RM1,500 ini tidak dikenakan sebarang bayaran oleh mereka dan ia dilakukan secara percuma.