Sorok ketum dalam plastik sampah

Taktik penyeludup menyorokkan ketum dalam plastik sampah dan meletakkan berhampiran hutan terbongkar apabila berjaya dihidu oleh anggota PGA Batalion 7 Kuantan yang melakukan rondaan di pangkalan haram Tok Rusa, Rantau Panjang.

A
A
A

RANTAU PANJANG - Taktik penyeludup menyorok ketum dalam plastik sampah dan meletakkan berhampiran hutan terbongkar apabila berjaya dihidu oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan yang melakukan rondaan di pangkalan haram Tok Rusa di sini, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pemeriksaan di lokasi menemui bungkusan daun ketum seberat 55 kilogram (kg)

Beliau berkata, daun ketum bernilai RM1,650 itu dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup sebelum dibawa ke negara jiran.

"Bungkusan itu dibawa pulang Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut.," katanya kepada pemberita pada Ahad.

PGA merampas sebuah kereta dan beras seberat 250kg yang diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah di Kampung Tok Rusa, Rantau Panjang.
PGA merampas sebuah kereta dan beras seberat 250kg yang diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah di Kampung Tok Rusa, Rantau Panjang.

Katanya, siasatan awal mendapati daun ketum tersebut akan diseludup ke Thailand menggunakan Pangkalan Haram Tok Rusa.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam perkembangan lain, pada hari yang sama Azhari berkata, PGA merampas sebuah kereta dan beras seberat 250kg yang diseludup masuk ke negara ini di Kampung Tok Rusa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, serbuan jam 9 malam itu turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya.