Sila log masuk terlebih dahulu.

Sultan Nazrin merasmikan Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Bidor

A
A
A

BERITA SEMASA 14 JUN 2023

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dekat sini pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 9.36 pagi itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263349/berita/nasional/sultan-nazrin-rasmi-kem-batalion-3-pga-bidor

Muzik: BenSound.com