Lima 'superman' kena tahan, motosikal disita

Antara aksi ala 'Superman' dan zig zag remaja lelaki yang ditahan dalan Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya AKLEH, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Antara aksi ala 'Superman' dan zig zag remaja lelaki yang ditahan dalan Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya AKLEH, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pelajar sekolah antara yang ditahan terlibat dalam samseng jalanan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), di sini pada awal pagi Sabtu.

Operasi bermula jam 1 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir.

Operasi yang bermula pada jam 1 pagi itu menahan remaja lelaki berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semakan mendapati dua daripada penunggang motosikal terbabit masih bersekolah, seorang pelajar kolej komuniti dan dua lagi sudah bekerja.

Seramai lima remaja lelaki ditahan dalan Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya AKLEH, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Seramai lima remaja lelaki ditahan dalan Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya AKLEH, Kuala Lumpur pada Sabtu.

"Selain itu, empat daripada suspek turut didapati tidak mempunyai lesen memandu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, mereka dikesan melakukan aksi superman, zig-zag dan bersaing sesama sendiri sekali gus membahayakan kepada diri dan pengguna jalan raya lain,"

Zulkefly berkata, kesemua motosikal jenis Honda EX5, SYM 185, Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda serta Honda Wave telah disita untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Operasi membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur diketuai Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.