X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 2,875 kes baharu, 7 kematian

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semakin meningkat dan menghampiri 3,000 kes apabila sebanyak 2,875 kes baharu dilaporkan pada Khamis dengan Kelantan mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 662.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah kumulatif kes kini ialah 384,688 kes, manakala tujuh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kini 1,407 kes.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 2,541 lagi kes sembuh dicatatkan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 22,014.

Selangor menjadi negeri kedua mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 633 kes diikuti Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332), manakala Perlis tidak merekodkan kes baharu pada Khamis.

Sejumlah 169 kes direkodkan di Johor, diikuti Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Pahang (29), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (3).

Katanya, sejumlah 248 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Khamis berkata, 13 kluster baharu dikenal pasti membabitkan lima kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster sekolah atau institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan satu kluster keagamaan iaitu Kluster Kampung Bangkahulu di Negeri Sembilan.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Industri Mekanikal dan Jalan Skin di Johor, Jalan Semtec (Selangor), Kota Sawit (Sabah) dan Jalan Salahuddin (Kuala Lumpur), manakala bagi kluster komuniti ialah Jalan Raji (Selangor), Sungai Banus (Sarawak), Jalan Pokok Mangga (Melaka) dan Taman Changkat (Perak).

Dalam pada itu, kluster sekolah atau institusi pendidikan ialah Jalan Shah Banting (Selangor), Mengkebang (Kelantan) dan Dinamik (Kedah). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!