Guardiola lega City menang

Rodri meraikan jaringannya yang juga gol kedua City pada perlawanan berkenaan.
Rodri meraikan jaringannya yang juga gol kedua City pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

KEMENANGAN 2-1 Manchester City ke atas Aston Villa nyata melegakan pengendali City, Pep Guardiola yang kini resah berikutan prestasi cemerlang Manchester United sejak kebelakangan ini.

Menurut Guardiola, biarpun kemenangan berkenaan menyaksikan kedua-dua pasukan dipisahkan dengan 11 mata, namun rentetan kemenangan United dalam beberapa perlawanan setakat ini dilihat mampu mengancam kedudukan City selaku pendahulu EPL ketika ini.

“Ia sangat berbahaya jika kami tewas hari ini; kerana United kini berada pada tahap prestasi terbaik dengan mencatatkan beberapa kemenangan untuk mencabar kedudukan kami.

“Namun, kami berhak untuk menang kali ini berdasarkan kepada cara kami beraksi musim ini dan semoga ia menyuntik semangat tambahan kepada kami untuk mengharungi lima perlawanan terakhir kelak,” katanya.

Pada aksi di Villa Park awal pagi Khamis menyaksikan skuad The Citizens itu dikejutkan dengan jaringan-jaringan John McGinn seawal minit pertama.

Bagaimanapun, penyerang sensasi, Phil Foden menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-22 sebelum Rodri Hernandez meledak gol kedua City pada minit ke-40.

Kedua-dua pasukan juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain City John Stones dilayangkan kad merah pada minit ke-44 manakala pemain Villa, Matty Cash berdepan tindakan sama pada minit ke-57.

Kemenangan berkenaan menyaksikan City terus gah di puncak EPL dengan 77 mata dan hanya memerlukan dua kemenangan termasuk keputusan seri pada baki lima perlawanan untuk sah merangkul trofi EPL musim ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Guardiola menegaskan skuad kendaliannya itu kini mahu memberikan fokus bagi mengharungi aksi final Piala Liga berdepan Tottenham Hotspur, 25 April ini selain aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara berdepan PSG di Parc des Princes pada 29 April.

“Saya telah melihat aksi pasukan ini dan pemain kelihatan begitu komited dan kini mereka sedang bersiap untuk aksi final Piala Liga dan juga separuh akhir Liga Juara-juara.

“Ternyata, musim ini begitu sukar dan memerlukan aksi yang konsisten untuk menamatkannya,” katanya.