Polis terima laporan kes penghantar makanan dipukul

Rakaman penghantar makanan ditampar tular di media sosial.
Rakaman penghantar makanan ditampar tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis telah menerima laporan berhubung insiden penghantar makanan dipukul di sebuah kafe di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 2.04 petang.

"Mangsa mendakwa ditampar di leher kiri oleh pemilik kafe tersebut," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Ku Mashariman berkata, kejadian berlaku apabila pemilik kafe berselisih faham dengan mangsa berkaitan kelewatan menguruskan penghantaran makanan sehingga pelanggan membatalkan pesanan makanan itu.

"Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis kerana video rakaman mengenai kejadian itu tular di media sosial," katanya.

Ku Mashariman memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Rakaman video tular berdurasi 57 saat itu memaparkan penghantar makanan ditampar oleh pemilik kedai sebelum dileraikan orang awam.

Artikel Berkaitan: