Program INSAN: Dakwaan salah guna data, polis terima 8 laporan

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis Selangor menerima lapan laporan berkaitan dakwaan data peribadi pengguna rakyat Selangor digunakan tanpa kebenaran bagi pendaftaran Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkenaan dibuat oleh orang awam.

"Kes itu diklasifikasi sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau 'Refer to Other Agency' (ROA).

"Laporan ini telah dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk siasatan mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan menggunakan data peribadi pengguna rakyat Selangor tanpa kebenaran bagi pendaftaran Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).
Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan menggunakan data peribadi pengguna rakyat Selangor tanpa kebenaran bagi pendaftaran Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan menggunakan data peribadi pengguna rakyat Selangor tanpa kebenaran bagi pendaftaran INSAN.

Jelas Amirudin, mereka yang telah mendapat pra pendaftaran itu perlu mengesahkan dengan langkah gambar swafoto dan kad pengenalan serta berkaitan untuk mengesahkan pendaftaran tersebut.

Data peribadi bocor: Gerakan gesa polis siasat INSAN

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat laman sesawang INSAN.

Pengerusi Perhubungannya, Henry Teoh Kien Hong berkata, pihak berkuasa itu perlu menyiasat perkara itu segera kerana ia melibatkan data peribadi rakyat Selangor.

“Ia menjadi satu kesalahan apabila maklumat peribadi dibocorkan menerusi apa-apa platform termasuk internet mengikut Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709).

"Menteri Besar sebelum ini dilaporkan berkata semua maklumat dalam INSAN itu hanya pra-pendaftaran. Tetapi rakyat Selangor bukannya tidak cerdik kerana pra-pendaftaran pun memerlukan persetujuan individu terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Henry, keadaan mula menjadi kecoh apabila rata-rata rakyat Selangor yang membuat semakan mendapati maklumat peribadi mereka sudah didaftarkan dalam sistem skim tersebut.

Malah, beliau mendakwa maklumat peribadi yang dicuri tanpa izin ini juga dijadikan modal politik siber tropper pro Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk mengugut penyokong Perikatan Nasional.

"Contohnya pempengaruh sosial media "YB Viral" dan "DD Chronicle" turut menjadi mangsa penyebaran maklumat peribadi di laman sosial," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sistem insuran itu boleh didaftarkan secara automatik tetapi sistem-sistem dana atau peruntukan daripada kerajaan negeri pula dilaksanakan secara manual.

"Jadi, saya menasihatkan orang ramai agar menyemak nama masing-masing jika didapati wujud, segeralah membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.