Abu Samah pangku jawatan Ketua, Timbalan Ketua Polis KL

Azmi (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Yahaya (kiri) kepada Abu Samah yang berlangsung di IPK Kuala Lumpur pada Isnin.
Azmi (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Yahaya (kiri) kepada Abu Samah yang berlangsung di IPK Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor diberi mandat memangku jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Yahaya Othman yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Yahaya dinaik pangkat dan akan menjawat Ketua Polis Negeri Pahang.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan pegawai kanan polis kontinjen Kuala Lumpur diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.

Majlis disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Azmi Abu Kassim.

Sementara itu, majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kuala Lumpur turut dilaksanakan pada majlis sama.

Ia melibatkan Datin Sumarnie Haris dan Datin Nurhaidah Jamil.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil.