X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Covid-19: 1,116 kes baharu, lima kematian

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,116 kes baharu positif Covid-19 termasuk lapan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,108 kes penularan dalam negara manakala jumlah kes aktif ialah 14,134.

Menurutnya, KKM turut melaporkan lima kes kematian sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 1,238.

"Kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membabitkan empat rakyat tempatan dan seorang warga asing," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, terdapat 156 kes yang dirawat di unit rawatan rapi dan aripada jumlah itu, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan itu juga memberitahu, jumlah kes pulih ialah 1,495 dan yang pulih sepenuhnya ialah 318,784 kes.

Memperincikan jangkitan dalam negara, beliau berkata, Selangor melaporkan angka tertinggi dengan 403 kes positif diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 158 kes.

Katanya, Sarawak merekodkan 124 kes, Pulau Pinang (88), Johor (86), Kelantan (44), Pahang (42), Negeri Sembilan (41), Perak (39), Sabah (36), dan Kedah (27).

Tambahnya, Melaka melaporkan 12 kes, Labuan (lapan), Putrajaya (lima) dan Terengganu (tiga) dan tiada kes dilaporkan di Perlis.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 77 daripada kes penularan dalam negara berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (lapan), Kluster Tembok Taiping (enam), Kluster Jalan Awang (dua), Kluster DTI Machap Umboo (dua).

"Satu kes dilaporkan masing-masing di Kluster DTI Sepang 2, Kluster Telok Mas, Kluster Tembok Pengkalan Chepa dan Kluster Tembok Bukit Besi," katanya.

Sementara itu, sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan melibatkan lapan kluster tempat kerja dan dua komuniti.

"Sebanyak 1,307 kluster dikenal pasti sehingga pada Isnin dan 896 telah diisytiharkan tamat manakala 411 kluster masih aktif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!