Tajaan lawatan ke Turki lulus sejak 2017

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa sesi sidang media pada majlis Penyerahan Peruntukan Tambahan Bagi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa sesi sidang media pada majlis Penyerahan Peruntukan Tambahan Bagi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tajaan lawatan kerja Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan polis ke Turki oleh Lembaga Pengarah Totalisator diluluskan sejak 2017 lagi, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Jelas Guan Eng lagi, lembaga pengarah itu tidak merujuk kepada kementeriannya dan beliau mengakui hanya mengetahui perkara itu selepas membaca laporan akhbar.

“Saya hanya baca di surat khabar baru tahu ada perkara sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Warga Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2019 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Guan Eng tidak sensitif hukum Islam, sentimen rakyat'

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kerajaan tidak mempunyai perasaan terhadap hukum Islam dan sentimen rakyat dengan membenarkan pembiayaan seumpama itu.

“Asyraf Wajdi ketika itu kalau tak silap saya ialah timbalan menteri, adakah beliau tuju kepada diri sendiri? Kos lawatan itu adalah RM184,685 ditaja oleh syarikat berkanun Totalisator Malaysia.

“Lembaga pengarahnya tidak merujuk kepada Kementerian Kewangan dan tanpa pengetahuan saya juga,” katanya.

Guan Eng semalam mendedahkan Kementerian Kewangan tidak meluluskan lawatan Mohamad Fuzi bersama beberapa pegawai kanan untuk mempelajari cara membanteras judi dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, ia diluluskan oleh Lembaga Pengarah Totalisator yang merupakan anak syarikat di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Manakala, sumber kewangan bagi lawatan berkenaan ditaja oleh syarikat nombor ramalan.

Susulan pendedahan itu, kerajaaan terus dikritik pelbagai pihak termasuklah ahli politik yang tidak bersetuju dengan pembabitan syarikat nombor ramalan itu.