Wujudkan undang-undang jenayah ilmu hitam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mengambil langkah proaktif bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia bertujuan mengekang fenomena ilmu hitam itu daripada terus memporak-perandakan kehidupan masyarakat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati wujud kes-kes-kes individu menanggung derita dikatakan akibat terkena sihir sehingga mencetuskan persengketaan dan menyebabkan kematian.

Malah, unsur ilmu hitam juga sering dilaporkan berlaku dalam kalangan peniaga, pasangan suami isteri, artis, ahli politik dan tokoh korporat.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan ketaasuban terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan orang ramai rugi berjuta-juta ringgit setiap tahun gara-gara ditipu bomoh.