PDRM belum terima cadangan laksana undang-undang jenayah sihir

Tan Sri Abdul Hamid Bador
Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang cadangan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya masih belum dimaklumkan dan masih tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Menurut Abdul Hamid, adalah sukar untuk membuktikan jenayah sihir di mahkamah.

“Saya akan semak perkara itu dan saya rasa itu baru hanya di peringkat cadangan, selepas ini mungkin akan dibentangkan dan dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji apa bentuk kesalahan bersabit aktiviti sihir ini.

“Perkara ini masih belum sampai kepada saya. Saya tidak dapat ulas perkara ini kerana perlu kenal pasti apa bentuk kesalahan yang dialami oleh mangsa daripada kegiatan sihir,” katanya selepas wawancara khas di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga perlu lihat dari sudut pembuktian bagaimana hendak membuktikan perbuatan sihir tersebut.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan saranan daripada beberapa pihak agar kerajaan mengambil langkah proaktif melaksanakan undang-undang jenayah sihir di Malaysia.

Ini kerana Brunei sudah pun perkenalkan kesalahan jenayah sihir di bawah Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wujudkan undang-undang jenayah ilmu hitam

Brunei negara terawal laksana undang-undang sihir