Jual slot temu janji satu penipuan

Kegiatan menjual vaksin mencalar imej dan integriti petugas barisan hadapan di pusat vaksin. - Gambar hiasan
Kegiatan menjual vaksin mencalar imej dan integriti petugas barisan hadapan di pusat vaksin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Isu penjualan slot janji temu vaksinasi Covid-19 dikelaskan sebagai satu bentuk penipuan dan tidak ada mempunyai unsur rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini tiada laporan diterima pihaknya berkenaan isu terbabit.

“Setakat ini, tiada unsur rasuah dikesan di peringkat kami (SPRM) dan tidak ada lagi individu direkod keterangan.

“Saya kelaskan ia sebagai bentuk penipuan dan biar polis siasat terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.