Covid-19: Hampir 65 juta rakyat China sudah divaksin

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Seramai 64.98 juta rakyat China sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad, umum Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC).

Dalam sidang akhbar di sini pada Isnin, Timbalan Pengarah NHC, Li Bin berkata, program pemvaksinan akan terus dilaksanakan secara berperingkat dengan mendahulukan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti, diikuti kumpulan sasar lain.

Sementara itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China memaklumkan pengeluar keempat-empat vaksin Covid-19 yang diluluskan untuk dipasarkan, telah memulakan pengeluaran secara besar-besaran.

Ketua jurutera MIIT, Tian Yulong berkata, kesemua pembekal vaksin berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi keperluan domestik di samping meneruskan kerjasama dengan negara lain dalam memerangi pandemik.

"Kapasiti penghasilan vaksin kami dioptimumkan dengan output yang kian meningkat. Kami akan terus memperluas bantuan dan eksport vaksin kepada negara asing," ujarnya dalam sidang akhbar sama. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!