Abdul Hadi terima suntikan vaksin Covid-19

Abdul Hadi disuntik Ketua Jururawat, Raziah Hanim Mamat di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu pada Ahad. FOTO: Ihsan Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi disuntik Ketua Jururawat, Raziah Hanim Mamat di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu pada Ahad. FOTO: Ihsan Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Chendering di sini, pada Ahad.

Ahli Parlimen Marang itu disuntik Ketua Jururawat, Raziah Hanim Mamat sekitar jam 10.15 pagi.

Abdul Hadi menerusi kenyataan di laman Facebooknya berkata, vaksin Covid-19 adalah kaedah meningkatkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat supaya memiliki daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit.

Abdul Hadi selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu, pada Ahad. FOTO: Ihsan Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu, pada Ahad. FOTO: Ihsan Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

"Sesuatu kemudaratan itu perlu dihilangkan atau disingkirkan melalui pelbagai cara antaranya dengan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa.

"Pengambilan vaksin turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudaratan bertepatan dengan kaedah fiqh yang disebutkan di atas. InsyaALLAH, dengan adanya vaksin ini kita dapat mengurangkan jangkitan wabak penyakit Covid-19," katanya.

Beliau berkata, fokus kerajaan kini ialah menjaga keselamatan rakyat daripada terus dijangkiti wabak Covid-19 dan dalam masa berusaha memulihkan ekonomi.

Mengulas mengenai suntikan yang diambil, Abdul Hadi berkata, beliau sudah biasa mendapat rawatan di hospital setiap dua minggu sekali dan prosedur vaksinasi yang dijalani adalah perkara sebagai biasa.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan menyatakan kesediaannya untuk menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19..

Katanya, langkah itu diambil bagi menandakan sokongan beliau terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19.