Kes wanita mati dijerut: Keluarga ke Kajang cari mangsa

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

BESUT - "Setahu saya ahli keluarga termasuk emak dan ayah dia dalam perjalanan ke Kajang untuk mencarinya selepas beberapa hari gagal dihubungi kerana risaukan akan keselamatannya semasa dimaklumkan penemuan mayat mangsa.

"Jadi, mereka tidak sempat sampai ke lokasi untuk mencari mangsa," demikian cerita salah seorang ahli keluarga wanita yang ditemui mati dengan leher terjerut di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, pada Isnin.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah yang merupakan anak kelima daripada 10 beradik itu semasa majlis tahlil keluarga di kampung mereka di daerah ini.

"Bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana bimbang mengganggu siasatan polis nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dijumpai mati dengan leher terjerut

Kes wanita mati dijerut: Lelaki direman 6 hari

Mayat seorang wanita ditemui mati dengan kesan leher terjerut di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki yang juga rakan sekerja kira-kira jam 9 pagi memaklumkan penemuan mayat mangsa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan awal mengesyaki mangsa berusia 30an itu meninggal dunia dalam tempoh lebih daripada 24 jam sebelum ditemui.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.