X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Kes wanita mati dijerut: Lelaki direman 6 hari

Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai seorang wanita dijumpai mati dengan leher terjerut di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko Kajang.
A
A

KAJANG - Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerut pada leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko Kajang di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan pada Selasa berkata, lelaki berusia 57 tahun yang ditahan pada jam 8.45 malam di Kajang pada hari sama itu direman enam hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pada Isnin, penemuan mayat mangsa dimaklumkan kepada polis oleh seorang lelaki melalui panggilan MERS 999 ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 pagi.

Difahamkan, mayat mangsa yang juga pekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditemui rakan sekerjanya, sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati wanita tempatan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai lebih 24 jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditahan bantu siasatan kes wanita mati dijerut

Wanita dijumpai mati dengan leher terjerut


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!