Wanita dijumpai mati dengan leher terjerut

Satu mayat wanita ditemui dengan kesan jerut di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang pada Isnin.
Satu mayat wanita ditemui dengan kesan jerut di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan leher terjerut di dalam sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki yang juga rakan sekerja mangsa kira-kira jam 9 pagi memaklumkan penemuan mayat mangsa.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu menemui kesan jerut di bahagian lehernya.

"Siasatan awal mengesyaki mangsa telah meninggal dunia lebih daripada tempoh 24 jam sebelum ditemui.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana- mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: