X

Kindly register in order to view this article
!

Cadangan pihak swasta kendali sendiri suntikan vaksin diteliti

Ahmad Amzad Hashim (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Akademi Robotik TD 1303 x Jazro di TD1303 di Kuala Terengganu pada Sabtu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan masih meneliti cadangan supaya pihak swasta mengendali sendiri suntikan vaksin Covid-19 yang diusul bagi mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, buat masa ini Malaysia belum mempunyai dasar yang membolehkan mana-mana pihak swasta atau korporat mengendalikan proses vaksinasi Covid-19 sendiri.

Katanya, tumpuan penuh diberikan kerajaan untuk merealisasikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan 80 peratus rakyat atau 26.5 juta individu menerima suntikan vaksin percuma.

"Usul supaya pihak swasta dibenarkan membeli dan menawarkan suntikan vaksin Covid-19 ada dibincangkan di peringkat kementerian berkaitan namun belum dimuktamadkan.

“Perkara ini dalam pengetahuan kita kerana terdapat pihak atau agensi yang perlu ke luar negara atas urusan mustahak namun timbul kekangan kerana belum menerima suntikan vaksin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Robotik TD 1303 x Jazro di TD1303 di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Rabu lalu Sinar Harian melaporkan beberapa badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang bersedia mendapatkan sendiri vaksin bagi membantu kerajaan menjayakan PICK.

Katanya, ia bagi menyalurkan vaksin berkenaan kepada golongan tertentu terutama warga emas supaya mereka lebih cepat menerima suntikan tersebut.

Selain itu, terdapat juga cadangan supaya hospital swasta dibenarkan membeli serta menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar harga vaksin berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: NGO, hospital swasta mahu beli sendiri vaksin Covid-19


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!