X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 2,063 kes baharu, 2,922 pulih

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis meningkat kepada 2,063 kes daripada 1,828 kes pada Rabu namun kes sembuh sebanyak 2,922 masih mengatasi kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu ini menjadikan kes kumulatif baharu Covid-19 ialah 307,943 manakala kes sembuh keseluruhan pula 283,629 dengan jumlah kes aktif 23,161.

"Daripada jumlah kes baharu hari ini, 2,054 adalah kes tempatan melibatkan 1,419 warganegara manakala 635 kes lagi bukan warganegara serta sembilan lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya pada sidang akhbar perkembangan situasi Covid-19, di sini pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, lima lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini ialah 1,153 kes.

Sejumlah 193 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Memperincikan lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak 361 kes dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes.

Kes-kes baharu mengikut negeri lain pula Johor dengan 255 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (120), Perak (101), Negeri Sembilan (91), Sabah (78), Kelantan (44), Pahang (13) dan Kedah (12).

Terengganu mencatat 10 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (tujuh), Melaka (tiga) dan Perlis (satu).

Bagi perkembangan kluster baharu, beliau berkata, sebanyak 14 kluster lagi dikesan dengan 12 daripadanya melibatkan tempat kerja manakala dua lagi masing-masing melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

"Lima kluster tempat kerja dikesan di Selangor iaitu Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, Kluster Industri Subang, Kluster Jasmine Empat dan Kluster Lagenda Suria. Di Johor, empat kluster tersebut dikesan iaitu Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Jalan Kabel Gemilang dan Kluster Batu 21," katanya.

Tambahnya di Pulau Pinang pula dua kluster tempat kerja dikesan iaitu Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Bukit Nenas, manakala di Negeri Sembilan ia melibatkan Kluster Tapak Bina Nilam Sari.

Katanya lagi, bagi kluster komuniti dan kluster kumpulan berisiko kedua-duanya dikesan di Johor iaitu masing-masing Kluster Jalan Limau Manis dan Kluster Persiaran Kempas Baru. - Bernama

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

Posted by Sinar Harian on Thursday, March 4, 2021


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!