Vaksin Covid-19: MB Johor jamin tiada 'pilih kasih'

Hasni (tengah) pada Program Imunisasi Covid- 19 peringkat negeri di Dewan Muafakat Johor Taman Adda, pada Isnin.
Hasni (tengah) pada Program Imunisasi Covid- 19 peringkat negeri di Dewan Muafakat Johor Taman Adda, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri tidak akan pilih kasih dalam pemberian vaksin Covid - 19 susulan kegusaran masyarakat selepas dakwaan terdapat pihak tertentu yang diutamakan berbanding rakyat biasa.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau memberi jaminan situasi itu tidak akan berlaku di Johor kerana senarai nama barisan hadapan diputuskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"KKM ada proses dan kaedah untuk menentukan penerima vaksin bagi petugas barisan hadapan di Johor yang perlu diutamakan seperti KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi lain.

"Kita memberi jaminan proses vaksinasi ditetapkan akan dipatuhi sepenuhnya kerana keputusan senarai akhir penerima dikeluarkan KKM," katanya pada Program Imunisasi Covid- 19 peringkat negeri, di Dewan Muafakat Johor Taman Adda, di sini, pada Isnin.

Pada program itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut menjadi penerima vaksin Covid- 19 pertama di negeri ini.

Kerajaan memandang serius dakwaan berlaku kejadian 'potong barisan' dalam proses pemberian vaksin fasa pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula pada 24 Februari lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: