'Ini bukan budaya Tionghua, Malaysia'

Tangkap layar hantaran di Facebook Mak Kah Keong pada Selasa. Gambar kiri: Mak Kah Keong - Sumber Foto: Facebook Mak Kah Keong
Tangkap layar hantaran di Facebook Mak Kah Keong pada Selasa. Gambar kiri: Mak Kah Keong - Sumber Foto: Facebook Mak Kah Keong
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong meluahkan rasa marah dan sedih atas reaksi yang ditunjukkan oleh pengguna Facebook berbahasa Mandarin terhadap berita kemasukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.

Kah Keong berkata, beliau amat terkejut terhadap komen diberikan oleh pengguna laman sosial Facebook yang disifatkan sebagai menjijikkan dan mendakwa perkara itu berlaku hasil daripada hasutan daripada parti tertentu.

“Saya marah dalam kesedihan! Tuan Guru Abdul Hadi telah dirawat di IJN turut dilaporkan dalam media Cina. Setelah membaca komen-komen netizen yang mengguna bahasa Mandarin, saya berasa sangat marah dan sedih.

“Saya tak jangka, ada juga netizen (penyokong parti parti tertentu atau hasil hasutan parti parti tertentu) memberi komen yang sangat menjijikkan.

“Contoh komen tersebut antaranya: ‘Cantik, dia sangat mendekati pencipta dah; ‘Harap dia tak sampai Jumaat ini’; Selamat bersemadi dengan aman," menurut Kah Keong menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan pada jam 9.50 malam.

Pada Selasa, perkara tersebut disahkan sendiri oleh anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di IJN.

Kah Keong berkata, sikap yang ditunjukkan melalui melalui komen-komen tersebut tidak mencerminkan budaya yang sepatutnya diamalkan oleh bukan sahaja masyarakat Tionghua, malah juga warga Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Ini bukan budaya Tionghua dan budaya Malaysia! (Kesopanan dan Kesusilaan).

“Semoga Tuan Guru kembali sihat walafiat,” katanya.